Sunday, February 8, 2009

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 3

MINGGU 3 : JANUARI 18/19
TAJUK : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

A. DEFINISI
o Rancangan persediaaan item atau soalan –dikenali juga sebagai ‘Test Blue Print’/ ‘Test Specification Table’.
o Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang).
o Mengandungi topik-topik pengajaran.
o Aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.
o Pemberatan (peratus) pada kandunan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran yang diajar.
o Bentuk ujian : objektif, esei, amali dan kertas khusus.
o Bilangan item yang mengikut bentuk/kandungan dan aras kemahiran.
o Kepayahan dan kesukaran iem.

B. KEPENTINGAN JSU
JSU yang dibina dengan sistematik dapat membantu guru menggubal kertas ujian dengan lebih sistematik. Antara kepentingan JSU ialah :-
a. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
b. Menjamin kesahan isi kandungan dalam sesuatu ujian.
c. Menentukan perseimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji.
d. Mengambil kira bilangan masa untuk sesuatu topik.
e. Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain .
f. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
g. Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.
h. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
i. Memberi panduan untuk membentuk soalan.


C. LANGKAH PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JSU, terdapat 4 langkah iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji sukatan pelajaran
Ø Untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Ø Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Ø Terdapat beberapa aspek yang perlu dikaji iaitu :
- Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
- Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk.
- Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain.
- Kompleksiti sesuatu tajuk
- Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis objekif pengajaran
v Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran dan tahap kesukaran yang perlu diuji.
v Aras pengetahuan dan kemahiran yang lazim digunakan adalah berdasarkan Taksonomi Bloom Pendidikan.
v JSU mengandungi 2 paksi utama iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran.
v Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil untuk menentukan bilangan soalan.



3. Menentukan jenis soalan
§ Penentuan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
§ Contohnya, kita ingin mengukur domain kognitif murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat aplikasi, maka jens soalan yang sesuai ialah soalan jenis objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis subjektif berbentuk menggubal ayat-ayat.


4. Menentukan bilangan soalan
- Jumlah soalan harus cukup dan menandungi pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
- Jumlah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
- Konkluksinya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
- Kesahan ujian mentafsirkan keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
- Penentuan jumlah soalan juga mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment