Sunday, May 10, 2009

PEMBELAJARAN KENDIRI KE 10

MINGGU 10 08/09 MAC
TAJUK : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA
A) AKTIVITI SYARAHAN
1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK
· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya.
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan.
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.





G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.

PEMBELAJARAN KENDIRI KE 9

MINGGU 9 01/02 MAC
TAJUK : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
A) PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

· Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

· Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
· Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

· Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

PEMBELAJARAN KENDIRI KE 7

MINGGU 7 15/16 FEB
TAJUK : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KONTRAK PEMBELAJARAN & SOAL JAWAB)
A. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
1. Kontrak Pembelajaran adalah suatu aktiviti di mana seorang guru menetapkan satu peraturan atau syarat perjanjian kepada anak muridnya.
2. Melalui Kontrak Pembelajaran ini, seorang guru akan meminta muridnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, contohnya membuat kerja rumah ataupun latihan untuk muridnya buat semasa di rumah.
3. Sekiranya murid guru tersebut dapat membuat latihan atau kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan hadiah atau ganjaran hasil daripada kerja murid guru tersebut.
4. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya murid tersebut tidak dapat membuat sebarang kerja yang diberikan oleh guru, maka guru boleh mengambil tindakan seperti hukuman dan denda.
5. Tujuannya adalah untuk mengelakkan murid tersebut daripada membuta kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
6. Satu lagi konsep mengenai Kontrak Pembelajaran adalah penetapan masa berlaku.
7. Apabila berlakunya Kontrak Pembelajaran di antara guru dan murid, maka secara tak langsung wujudnya perjanjian pembelajaran dalam masa yang telah ditetapkan.
8. Maksudnya, apabila guru mengadakan Kontrak Pembelajaran dengan murid, antara peraturan yang ditetapkan oleh guru tersebut adalah murid harus menyiapkan setiap kerja atau latihan yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan.
9. Bertujuan agar murid akan menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa tertentu. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, maka murid tersebut harus berdepan dengan hukuman yang akan dijalankan oleh guru.
10. Tindakan ini adalah wajar agar murid sentiasa menyiapkan sebarang tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru.

B. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB
1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.

PEMBELAJARAN KENDIRI KE 6

MINGGU 6 08/09 FEB
TAJUK : KAEDAH PENILAIAN BAHASA ( PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO & PEMERHATIAN)

A. KAEDAH PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
a. (i) Konsep pertfolio
a. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian teliti.
b. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
c. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
d. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
e. Portfolio bersifat reflektif diransang melalui persoalan.

a. (ii) Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
4. Jenis-jenis portfolio :
a. Portfolio kerja harian – bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya, proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri.
b. Portfolio hasil terbaik – berbentuk sumatif, dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Contohnya, hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan yang dibuat dan dikumpul di dalam folio kerja terbaik. Contohnya, hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
c. Portfolio dokumen – hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

a. (iii) Kegunaan portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar.
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas, inisiatif , kerjasama dan komitmen sewaktu membina portfolio.

a. (iv) Perancangan portfolio
1. Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio.
2. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
3. Kenalpasti isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.





a. (v) Bagaimana portfolio dinilai
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembagan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula dari awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

B. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PEMERHATIAN
b.(i) Konsep pemerhatian
1. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan
atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2. Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Boleh menggunakan senarai semak, rekod anekdot dan rekod profil.
4. Pemerhatian berlaku anatar guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
5. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi
pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
6. Aspek yang perlu diambil kira semasa membuat pemerhatian ialah :
a. Kualiti pemerhatian
b. Bentuk perancangan
c. Merekod penilaian pemerhatian
d. Jenis pemerhatian
e. Strategi pelaksanaan
f. Fungsi penilaian melalui pemerhatian

b. (ii) Aspek-aspek penilaian melalui pemerhatian
a. Kualiti pemerhatian
ü Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitaran.
ü Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
ü Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil
ü Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil.
ü Tekal dan stabil dalam penilaian .
b. Bentuk perancangan
· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
· Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
· Merangka tindak usul yang akan dijalankan mengikut konsekuen yang dijalankan daripada pemerhatian.
c. Merekod penilaian pemerhatian
§ Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi :
a. Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan – semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
b. Menjalankan tugasan
c. Cara individu mengendalikan tugasan dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat.
d. Cara merekod dapatan dan rumusan – mengikut urutan yang betul.
e. Tindakan susulan – rekod pemerhatian hendaklah jelas dan tindakan susulan hasil yang akan dicapai.
d. Jenis pemerhatian
o Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
a. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
b. Memerhati apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

e. Strategi pelaksanaan
v Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti/dirancang.
v Menggunakan senarai semak.
v Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
v Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.
v Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
v Reflleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
f. Fungsi pemerhatian
§ Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
§ Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Sunday, February 8, 2009

PEMBELARAN KENDIRI MINGGU 5

MINGGU 5 : FEBRUARI 01/02
TAJUK : JENIS PENILAIAN BAHASA

Terdapat beberapa jenis ujian yang dapat digunakan oleh guru bahasa untuk memberi penilaian kemahiran berbahasa murid iaitu:
1. Ujian formatif
2. Ujian sumatif
3. Ujian kefasihan
4. Ujian kemajuan
5. Ujian bakat
6. Ujian pencapaian

a. Ujian formatif
· Dibina oleh guru untuk menguji kemahiran yang telah diajar.
· Berasaskan kepada sesuatu kemahiran dalam jangka masa yang pendek – mingguan/bulanan, diajar dalam jangka masa yang pendek.
· Tujuan : menguji kemahiran murid dalam sub sesuatu kemahiran bahasa.

b. Ujian sumatif
· Dibuat selepas satu semester – dalam jangka masa panjang.
· Isi pengajaran dibina secara meluas.
· Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh.

c. Ujian kefasihan
· Bertujuan menentukan setakat mana seseorang itu menguasai sesuatu bahasa.
· Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
· Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul dan kedudukan buku yang betul.
d. Ujian kemajuan
Diguna dalam bilik darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Berasaskan objektif pengajaran.
Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahiran setiap pelajar.

e. Ujian bakat
Digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keiistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
Untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
Melibatkan data-data bahasa yang artifical – mengandungi pelbagai unsur bahasa.
Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian khusus untuk membuat telahan prestasi seseorang pelajar dalam penguasaan bahasa asing.

f. Ujian pencapaian
Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan ata isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari.
Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

PEMBELARAN KENDIRI MINGGU 4

MINGGU 4 : JANUARI 25/26
TAJUK : PEMBINAAN UJIAN (SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF)

A. SOALAN OBJEKTIF
Memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.
Pemeriksa yang berlainan memberikan markah yang sama untuk kertas yang sama.
Dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa.
Contoh : item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan item jeniskloz.
Dibahagi kepada 2 jenis : item respon bebas (jenis sumbangan) dan item respon tetap (item objektif pilihan).
Item respon bebas :-
1. Memerlukan calon meneliti soalan dan menulis sendiri jawapan di
ruang yang disediakan.
2. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan ataupun di dalam kotak yang disediakan.
Item respon tetap (item objektif pilihan)
1. Memerlukan pelajar memilih jawapan betul dan tepat.
2. Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan.
3. Contoh : format salah betul, padanan dan aneka pilihan.










B. SOALAN SUBJEKTIF
· satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kebolehan kognitif pelajar.
· Dua jenis iaitu jenis struktur dan jenis esei.
· Item jenis struktur :-
1. Disusun secara sistematik serta berkembang.
2. Berbentuk daripada ½ bahagian jawapan yang mengandungi perkataan.
3. Mengandungi elemen objektif.
Item jenis esei :-
1. Item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan menggunakan perkataan sendiri.
2. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi menilai fakta, mengatur idea dan mengembleng idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.
3. Boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.
4. Item ini memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5. Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.
Prinsip pembinaan soalan esei :-
a. Arahan hendaklah jelas khususnya tentang panjang patah perkataan.
b. Pelajar perlu menjawab dalam kertas yang soalan atau jawapan (perlu nyatakan).
Terdapat 2 jenis item esei iaitu item tindak balas terhad dan item tindak balas lanjutan.

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 3

MINGGU 3 : JANUARI 18/19
TAJUK : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

A. DEFINISI
o Rancangan persediaaan item atau soalan –dikenali juga sebagai ‘Test Blue Print’/ ‘Test Specification Table’.
o Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang).
o Mengandungi topik-topik pengajaran.
o Aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.
o Pemberatan (peratus) pada kandunan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran yang diajar.
o Bentuk ujian : objektif, esei, amali dan kertas khusus.
o Bilangan item yang mengikut bentuk/kandungan dan aras kemahiran.
o Kepayahan dan kesukaran iem.

B. KEPENTINGAN JSU
JSU yang dibina dengan sistematik dapat membantu guru menggubal kertas ujian dengan lebih sistematik. Antara kepentingan JSU ialah :-
a. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
b. Menjamin kesahan isi kandungan dalam sesuatu ujian.
c. Menentukan perseimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji.
d. Mengambil kira bilangan masa untuk sesuatu topik.
e. Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain .
f. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
g. Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.
h. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
i. Memberi panduan untuk membentuk soalan.


C. LANGKAH PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JSU, terdapat 4 langkah iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji sukatan pelajaran
Ø Untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Ø Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Ø Terdapat beberapa aspek yang perlu dikaji iaitu :
- Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
- Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk.
- Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain.
- Kompleksiti sesuatu tajuk
- Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis objekif pengajaran
v Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran dan tahap kesukaran yang perlu diuji.
v Aras pengetahuan dan kemahiran yang lazim digunakan adalah berdasarkan Taksonomi Bloom Pendidikan.
v JSU mengandungi 2 paksi utama iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran.
v Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil untuk menentukan bilangan soalan.



3. Menentukan jenis soalan
§ Penentuan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
§ Contohnya, kita ingin mengukur domain kognitif murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat aplikasi, maka jens soalan yang sesuai ialah soalan jenis objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis subjektif berbentuk menggubal ayat-ayat.


4. Menentukan bilangan soalan
- Jumlah soalan harus cukup dan menandungi pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
- Jumlah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
- Konkluksinya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
- Kesahan ujian mentafsirkan keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
- Penentuan jumlah soalan juga mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain.