Sunday, February 8, 2009

PEMBELARAN KENDIRI MINGGU 5

MINGGU 5 : FEBRUARI 01/02
TAJUK : JENIS PENILAIAN BAHASA

Terdapat beberapa jenis ujian yang dapat digunakan oleh guru bahasa untuk memberi penilaian kemahiran berbahasa murid iaitu:
1. Ujian formatif
2. Ujian sumatif
3. Ujian kefasihan
4. Ujian kemajuan
5. Ujian bakat
6. Ujian pencapaian

a. Ujian formatif
· Dibina oleh guru untuk menguji kemahiran yang telah diajar.
· Berasaskan kepada sesuatu kemahiran dalam jangka masa yang pendek – mingguan/bulanan, diajar dalam jangka masa yang pendek.
· Tujuan : menguji kemahiran murid dalam sub sesuatu kemahiran bahasa.

b. Ujian sumatif
· Dibuat selepas satu semester – dalam jangka masa panjang.
· Isi pengajaran dibina secara meluas.
· Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh.

c. Ujian kefasihan
· Bertujuan menentukan setakat mana seseorang itu menguasai sesuatu bahasa.
· Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
· Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul dan kedudukan buku yang betul.
d. Ujian kemajuan
Diguna dalam bilik darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Berasaskan objektif pengajaran.
Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahiran setiap pelajar.

e. Ujian bakat
Digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keiistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
Untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
Melibatkan data-data bahasa yang artifical – mengandungi pelbagai unsur bahasa.
Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian khusus untuk membuat telahan prestasi seseorang pelajar dalam penguasaan bahasa asing.

f. Ujian pencapaian
Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan ata isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari.
Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

PEMBELARAN KENDIRI MINGGU 4

MINGGU 4 : JANUARI 25/26
TAJUK : PEMBINAAN UJIAN (SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF)

A. SOALAN OBJEKTIF
Memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.
Pemeriksa yang berlainan memberikan markah yang sama untuk kertas yang sama.
Dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa.
Contoh : item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan item jeniskloz.
Dibahagi kepada 2 jenis : item respon bebas (jenis sumbangan) dan item respon tetap (item objektif pilihan).
Item respon bebas :-
1. Memerlukan calon meneliti soalan dan menulis sendiri jawapan di
ruang yang disediakan.
2. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan ataupun di dalam kotak yang disediakan.
Item respon tetap (item objektif pilihan)
1. Memerlukan pelajar memilih jawapan betul dan tepat.
2. Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan.
3. Contoh : format salah betul, padanan dan aneka pilihan.










B. SOALAN SUBJEKTIF
· satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kebolehan kognitif pelajar.
· Dua jenis iaitu jenis struktur dan jenis esei.
· Item jenis struktur :-
1. Disusun secara sistematik serta berkembang.
2. Berbentuk daripada ½ bahagian jawapan yang mengandungi perkataan.
3. Mengandungi elemen objektif.
Item jenis esei :-
1. Item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan menggunakan perkataan sendiri.
2. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi menilai fakta, mengatur idea dan mengembleng idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.
3. Boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.
4. Item ini memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5. Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.
Prinsip pembinaan soalan esei :-
a. Arahan hendaklah jelas khususnya tentang panjang patah perkataan.
b. Pelajar perlu menjawab dalam kertas yang soalan atau jawapan (perlu nyatakan).
Terdapat 2 jenis item esei iaitu item tindak balas terhad dan item tindak balas lanjutan.

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 3

MINGGU 3 : JANUARI 18/19
TAJUK : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

A. DEFINISI
o Rancangan persediaaan item atau soalan –dikenali juga sebagai ‘Test Blue Print’/ ‘Test Specification Table’.
o Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang).
o Mengandungi topik-topik pengajaran.
o Aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.
o Pemberatan (peratus) pada kandunan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran yang diajar.
o Bentuk ujian : objektif, esei, amali dan kertas khusus.
o Bilangan item yang mengikut bentuk/kandungan dan aras kemahiran.
o Kepayahan dan kesukaran iem.

B. KEPENTINGAN JSU
JSU yang dibina dengan sistematik dapat membantu guru menggubal kertas ujian dengan lebih sistematik. Antara kepentingan JSU ialah :-
a. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
b. Menjamin kesahan isi kandungan dalam sesuatu ujian.
c. Menentukan perseimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji.
d. Mengambil kira bilangan masa untuk sesuatu topik.
e. Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain .
f. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
g. Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.
h. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
i. Memberi panduan untuk membentuk soalan.


C. LANGKAH PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JSU, terdapat 4 langkah iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji sukatan pelajaran
Ø Untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Ø Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Ø Terdapat beberapa aspek yang perlu dikaji iaitu :
- Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
- Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk.
- Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain.
- Kompleksiti sesuatu tajuk
- Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis objekif pengajaran
v Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran dan tahap kesukaran yang perlu diuji.
v Aras pengetahuan dan kemahiran yang lazim digunakan adalah berdasarkan Taksonomi Bloom Pendidikan.
v JSU mengandungi 2 paksi utama iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran.
v Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil untuk menentukan bilangan soalan.



3. Menentukan jenis soalan
§ Penentuan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
§ Contohnya, kita ingin mengukur domain kognitif murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat aplikasi, maka jens soalan yang sesuai ialah soalan jenis objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis subjektif berbentuk menggubal ayat-ayat.


4. Menentukan bilangan soalan
- Jumlah soalan harus cukup dan menandungi pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
- Jumlah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
- Konkluksinya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
- Kesahan ujian mentafsirkan keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
- Penentuan jumlah soalan juga mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain.

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 2

  • MINGGU 2 : JANUARI 11/12
    TAJUK :TAKSONOMI DAN DOMAIN


    PENGENALAN

    Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].
    § Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan
    § Berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
    § Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
    (a) Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
    (b) Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
    (c) Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

    A. Domain Kognitif
    § Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
    § Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
    § Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
    § Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

    Taksonomi bloom
    Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
    Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
    Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
    Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-
    1. Pengetahuan
    2. Kefahaman
    3. Aplikasi
    4. Analisis
    5. Sintesis
    6. Penilaian


1. Pengetahuan
n menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
n Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
n Contoh soalan :- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. terjemur
D. menjemur

2. Kefahaman
n Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
n Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
n Contoh soalan :-
n Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
“ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
a. Ke manakah Fahrin pergi?
b. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
c. Siapakah yang pergi ke hospital?
d. Fahrin berada di hospital?

  1. 3. Aplikasi
    n Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
    n Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
    n Contoh soalan:-
    “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh dibampaian.”
    Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?
    i. Sejuk iii. mendung
    ii. Berangin iv. Panas
    A. i dan ii sahaja
    B. i dan iii sahaja
    C. ii dan iv sahaja
    D. iii dan iv sahaja

    4. Analisis
    n Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
    n Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
    n Contoh soalan:-
    (a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
    (b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

    5. Sintesis
    n Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
    n Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
    n Contoh soalan:-
    n Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan Nasihat.
    ……………………………………………………………………………………
    ……………………………………………………………………………………
    ……………………………………………………………………………………

    6. Penilaian
    n Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
    n Contoh soalan :-
    Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.


B. DOMAIN AFEKTIF


PENGENALAN
n Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
n Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
n Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

Taksonomi Krathwohl
n Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
n Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
n Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
n Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
n Aras taksonomi Krathwohl :

Aras rendah
Gerak balas
Penerimaan
Menilai
Organisasi
Perwatakan
Aras tinggi
1. Penerimaan
n Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
n Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
n Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
n Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian.

2. Gerak balas
n Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
n Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

3. Menilai
n Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
n Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
n Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
n Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
n Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5. Perwatakan
n Bertindak secara konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang telah dinuranikan.
n Nilai-nilai itu bertindak sebagai penyamarataan bagi mengawal sebahagian daripada perlakuan individu.
n Nilai akan berintegrasi dalam bentuk satu falsafah lengkap.

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 1

  • MINGGU 1: JANUARI 04/05
    TAJUK : PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
    KONSEP, TUJUAN DAN PELAKSANAAN


    1. Pentafsiran
    a. Konsep Pentaksiran

    Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan iaitu :-
    1. Proses – langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
    2. Maklumat – bukti tentang prestasi pelajar tentang sesuatu perkara yang ditafsir.
    3. Penghakiman – proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
    4. Produk – pengetahuan/ kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi setelah melalui proses pendidikan.
    · Definisi pentafsiran melalui konteks pendidikan iaitu merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
    · Pentaksiraan juga merupakan proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa p&p, aktiviti secara berterusan dan aktiviti bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

    b. Tujuan Pentaksiran
    Ø Mengetahui keupayaan, kemahiran dan pengetahuan asas pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
    Ø Menolong guru mengetahui sejauh mana pelajar telah dapat menguasai dan mempelajari perkara yang disampaikan.
    Ø Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelas.
    Ø Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang lain.
    Ø Menentukan pelajar yang mempunyai keupayaan yang baik dan juga lemah pencapaian.
    Ø Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat relajar terhadap pembelajaran.
    Ø Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
    Ø Relajar dapat mengetahui kelemahan mereka dan segera memperbaiki kelemahan tersebut.

    2. Pengujian
    a. Konsep Pengujian
    v Satu teknik untuk mendapatkan maklumat.
    v Alat untuk mencapai tujuan pengguna.

    b. Tujuan Pengujian
    Ø Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
    Ø Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran.

    c. Pelaksanaan
    · Dijalankan secara pemerhatian, ujian bertulis/ lisan dan selepas beberapa topik dijalankan.





    3. Penilaian
    a. Konsep Penilaian
    Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
    Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai ‘proses delineating , mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif keputusan.
    Berbeza pula pandangan Gay (1985), menyatakan bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
    Proses mengenal pasti, memperolehi dan membuat keputusan untuk dijadikan sebagai matlamat akhir dalam penilaian.
    Maklumat ialah unsur penting dalam penilaian – kuantiti , kualiti, umum, khusus.
    Prosedur :
    1. Peringkat persediaan ujian.
    2. peringkat pentadbiran ujian.
    3. peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
    4. Peringkat analisis.
    5.Peringkat interpretasi dan tindakan.
    Proses menghasilkan nilai kuantitatif bagi tentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pembelajaran.

    b. Tujuan penilaian
    Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.



    c. Pelaksanaan
    Penilaian dibuat berdasarkan jadual/gred.
    Dilaksanakan sebelum, semasa, selepas p&p.
    Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.