- MINGGU 1: JANUARI 04/05
TAJUK : PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
KONSEP, TUJUAN DAN PELAKSANAAN
1. Pentafsiran
a. Konsep Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan iaitu :-
1. Proses – langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
2. Maklumat – bukti tentang prestasi pelajar tentang sesuatu perkara yang ditafsir.
3. Penghakiman – proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
4. Produk – pengetahuan/ kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi setelah melalui proses pendidikan.
· Definisi pentafsiran melalui konteks pendidikan iaitu merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
· Pentaksiraan juga merupakan proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa p&p, aktiviti secara berterusan dan aktiviti bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
b. Tujuan Pentaksiran
Ø Mengetahui keupayaan, kemahiran dan pengetahuan asas pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
Ø Menolong guru mengetahui sejauh mana pelajar telah dapat menguasai dan mempelajari perkara yang disampaikan.
Ø Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelas.
Ø Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang lain.
Ø Menentukan pelajar yang mempunyai keupayaan yang baik dan juga lemah pencapaian.
Ø Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat relajar terhadap pembelajaran.
Ø Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
Ø Relajar dapat mengetahui kelemahan mereka dan segera memperbaiki kelemahan tersebut.
2. Pengujian
a. Konsep Pengujian
v Satu teknik untuk mendapatkan maklumat.
v Alat untuk mencapai tujuan pengguna.
b. Tujuan Pengujian
Ø Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
Ø Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran.
c. Pelaksanaan
· Dijalankan secara pemerhatian, ujian bertulis/ lisan dan selepas beberapa topik dijalankan.
3. Penilaian
a. Konsep Penilaian
Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai ‘proses delineating , mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif keputusan.
Berbeza pula pandangan Gay (1985), menyatakan bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Proses mengenal pasti, memperolehi dan membuat keputusan untuk dijadikan sebagai matlamat akhir dalam penilaian.
Maklumat ialah unsur penting dalam penilaian – kuantiti , kualiti, umum, khusus.
Prosedur :
1. Peringkat persediaan ujian.
2. peringkat pentadbiran ujian.
3. peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
4. Peringkat analisis.
5.Peringkat interpretasi dan tindakan.
Proses menghasilkan nilai kuantitatif bagi tentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pembelajaran.
b. Tujuan penilaian
Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.
c. Pelaksanaan
Penilaian dibuat berdasarkan jadual/gred.
Dilaksanakan sebelum, semasa, selepas p&p.
Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Sunday, February 8, 2009
PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment