Sunday, May 10, 2009

PEMBELAJARAN KENDIRI KE 7

MINGGU 7 15/16 FEB
TAJUK : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KONTRAK PEMBELAJARAN & SOAL JAWAB)
A. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
1. Kontrak Pembelajaran adalah suatu aktiviti di mana seorang guru menetapkan satu peraturan atau syarat perjanjian kepada anak muridnya.
2. Melalui Kontrak Pembelajaran ini, seorang guru akan meminta muridnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, contohnya membuat kerja rumah ataupun latihan untuk muridnya buat semasa di rumah.
3. Sekiranya murid guru tersebut dapat membuat latihan atau kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan hadiah atau ganjaran hasil daripada kerja murid guru tersebut.
4. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya murid tersebut tidak dapat membuat sebarang kerja yang diberikan oleh guru, maka guru boleh mengambil tindakan seperti hukuman dan denda.
5. Tujuannya adalah untuk mengelakkan murid tersebut daripada membuta kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
6. Satu lagi konsep mengenai Kontrak Pembelajaran adalah penetapan masa berlaku.
7. Apabila berlakunya Kontrak Pembelajaran di antara guru dan murid, maka secara tak langsung wujudnya perjanjian pembelajaran dalam masa yang telah ditetapkan.
8. Maksudnya, apabila guru mengadakan Kontrak Pembelajaran dengan murid, antara peraturan yang ditetapkan oleh guru tersebut adalah murid harus menyiapkan setiap kerja atau latihan yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan.
9. Bertujuan agar murid akan menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa tertentu. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, maka murid tersebut harus berdepan dengan hukuman yang akan dijalankan oleh guru.
10. Tindakan ini adalah wajar agar murid sentiasa menyiapkan sebarang tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru.

B. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB
1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.

No comments:

Post a Comment